WCIT 2026 bertujuan membina naratif global baharu

WCIT 2026 bertujuan membina naratif global baharu

WAN SABRI Wan Yusof ketika berucap pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2026 (WCIT 2026) di Hotel Casuarina Meru, Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2026 (WCIT 2026) bertujuan membina naratif global baharu berteraskan persahabatan, kerjasama dan perkongsian strategik.

Menurut Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof, persidangan itu menekankan prinsip tanggungjawab bersama dalam memelihara keamanan dan keharmonian sejagat.

“Sebagaimana masyarakat bukan Islam diharapkan menerima umat Islam seadanya, umat Islam juga tidak seharusnya terperangkap dengan perkara-perkara remeh atau tuntutan yang tidak berpijak pada realiti.

“Sebaliknya, umat Islam perlu tampil sebagai rakan strategik dan peserta aktif dalam usaha global untuk membina dunia yang lebih aman, harmoni dan sejahtera,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada konvensyen tersebut di Hotel Casuarina Meru, di sini hari ini.

Katanya, persidangan kali kelapan anjuran USAS ini turut bertujuan memperkasa umat Islam untuk berfikir, menilai, mencipta pembaharuan serta menyusun semula peranan dan hala tuju mereka dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin pesat.

“Umat Islam perlu mengakuinya dengan penuh keinsafan serta bersikap terbuka untuk belajar daripada pengalaman dan kejayaan pihak lain.

“Sikap angkuh dan merasakan diri sentiasa benar perlu dijauhi kerana ia hanya menghalang kemajuan dan perpaduan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN