Video Penjara Taiping dedah tiada rusuhan

Video Penjara Taiping dedah tiada rusuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakaman video kejadian di Penjara Taiping menunjukkan tiada berlaku rusuhan seperti yang didakwa pada peringkat awal, sebaliknya memaparkan situasi sebenar yang berlaku dalam institusi berkenaan.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, perkara itu diketahui selepas Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia dan Jawatankuasa Khas Keselamatan Parlimen menonton rakaman berkenaan.

Belau yang juga Ahli Jawatan Kuasa Khas Hak Asasi Manusia berkata, penjelasan awal pegawai Penjara Taiping yang menyatakan berlaku rusuhan adalah berbeza dengan apa yang dipaparkan menerusi rakaman video tersebut.

“Pada awalnya, pegawai di Penjara Taiping mengatakan berlaku rusuhan, tetapi apabila kita melihat video sebenar, tiada rusuhan berlaku,” katanya ketika mencelah dalam penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, rakaman itu turut memberi gambaran mengejutkan sehingga pada pandangan pertama ia seolah-olah babak daripada filem Hong Kong berkaitan kejadian dalam penjara.

“Kalau kita lihat video tersebut, kita akan tersalah faham dan menyangka kita sedang menonton filem Hong Kong mengenai apa yang berlaku dalam penjara.

“Tetapi itu adalah kejadian sebenar yang berlaku di Penjara Taiping,” katanya.

Khoo berkata, semua 222 Ahli Parlimen wajar diberi peluang menonton rakaman berkenaan bagi membolehkan gambaran sebenar kejadian diketahui serta membuka ruang kepada usaha reformasi institusi penjara negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN