Usaha Kedah teroka REE ‘terhalang’ atas alasan keselamatan negara

Usaha Kedah teroka REE ‘terhalang’ atas alasan keselamatan negara

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Usaha Kedah untuk meneroka unsur nadir bumi (REE) sendiri belum membuahkan hasil setelah Kerajaan Persekutuan didakwa tidak membenarkannya atas faktor keselamatan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya telah bersedia memenuhi keperluan dan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan terhadap projek perintis di Kenering, Perak.

Muhammad Sanusi turut mendedahkan bahawa beberapa wakil negara luar termasuk AS, Perancis dan Australia telah menyatakan minat untuk bekerjasama membangunkan industri REE di Kedah.

“Jumpa Duta AS dua minggu lepas, dia kata dia (Kerajaan Persekutuan) janji nak bagi dekat kami. Kami pun boleh buat apa yang China mampu buat, kami boleh separate 17 elemen dan kalau lantik China di sini, hangpa bagi dekat kami (AS) juga, kami bersedia untuk buat kilang di sebelah kilang China.

“Saya kata sakan hangpa ni. Orang Lynas dari Australia pun mai, Australia ini pun cakuk (berkait) dengan AS juga. Barang ini barang mahal, jadi rebutan dan kita ada barang itu. Federal pergi rata, jaja ke semua negeri last-last bila ditanya dalam mesyuarat dia kata ‘national security’, habislah kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana PRU16 Pas Kawasan Sungai Petani, di sini.

Kelmarin, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, hak dan kuasa negeri untuk mengurus serta meneroka sumber mineral strategik seperti REE hendaklah dihormati dan dipermudahkan oleh semua pihak kerana Kedah merupakan negeri yang kaya dengan sumber hasil bumi.

Baginda mahu Kerajaan Persekutuan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan tiada halangan pentadbiran yang boleh menjejaskan usaha pembangunan dan penerokaan sumber negeri.

Muhammad Sanusi berkata, Kedah memiliki antara sumber REE berkualiti tinggi di negara ini sehinggakan sumber mineral strategik tersebut menjadi rebutan kuasa-kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China.

Menurut beliau, syarikat dari negara berkenaan bukan sahaja berminat mendapatkan bekalan REE, malah bersedia melabur dalam pembinaan kilang pemprosesan dan pengasingan 17 elemen REE di negeri ini.

“Saya tegaskan kepada mereka bahawa REE ialah hak negeri, saya akan bagi kepada siapa tawar paling tinggi, mai beroperasi di sini, buat pengasingan 17 elemen itu di sini dan bina kilang di sini. Kami nak harga paling baik untuk negeri kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN