Usaha Abdul Rashid Hussain pulihkan TH wajar dihargai - Mohd. Na'im

Usaha Abdul Rashid Hussain pulihkan TH wajar dihargai – Mohd. Na’im

Abdul Rashid Hussain ketika bersama Mohd. Na'im Mokhtar menyantuni jemaah haji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ikhtiar yang diusahakan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain untuk memulihkan institusi itu wajar diberi penghargaan selepas berjaya melaksanakan 75 peratus daripada cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kepimpinan Abdul Rashid bersama ahli Lembaga pengarah pengurusan serta seluruh warga TH telah melakukan pembaharuan dan komitmen mengembalikan keyakinan umat.

“Tan Sri Rashid Hussain, Pengasas Kumpulan RHB, merupakan salah seorang ahli RCI yang dilantik bagi mengkaji isu-isu pengurusan dan pentadbiran Lembaga Tabung Haji.

“Tatkala mata tertumpu pada kesilapan yang lalu, beliau serta pengurusan TH menumpukan masa dan tenaga melaksanakan dengan kesungguhan, keberanian melakukan pembaharuan, dan komitmen mengembalikan keyakinan umat.

“Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha, mengurniakan kekuatan untuk terus memelihara amanah, dan menjadikan Tabung Haji terus teguh sebagai institusi kebanggaan umat Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan semalam mendedahkan laporan RCI mengenai TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 dan telah menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan.

RCI ditubuhkan pada 2021 untuk menyiasat aspek pengurusan, operasi dan isu berkaitan aset TH antara 2014 hingga 2020 susulan kebimbangan terhadap tadbir urus dan kedudukan kewangan dana berkenaan.

RCI itu menyiapkan laporannya pada Julai 2022. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN