UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu

UMNO-Pas boleh kuasai 90 peratus undi Melayu

HASHIM SUBOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Formula kerjasama UMNO dan Pas di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan boleh menguasai sekurang-kurangnya 90 peratus undi Melayu.

Bekas Timbalan Pe­ngerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hashim Suboh berkata, kerjasama UMNO dan Pas bakal menghasilkan sinergi politik cukup hebat dengan Negeri Sembilan boleh menjadi permulaan kepada formula berkenaan.

Katanya, jika kerjasama berjaya, model tersebut boleh diguna pakai di negeri lain yang pastinya bakal menarik sokongan pengundi Melayu sehingga 90 peratus termasuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Kerjasama parti-parti Melayu khususnya UMNO dan Pas tidak dinafikan sememangnya sangat memberi kekuatan. Dalam konteks Negeri Sembilan, secara logik akal, mereka akan menang besar di kerusi Melayu dan berpeluang cerah di kerusi campuran.

“Selepas ini, formula itu boleh diguna pakai di negeri lain dengan kekuatan Pas di negeri Pantai Timur dan UMNO pula di selatan serta Pahang. Jika Pas boleh berkorban kerusi di negeri-negeri SG4, formula kerjasama berkenaan boleh diteruskan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan tidak bertembung antara satu sama lain di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan.

Hashim berkata, pengundi Cina tetap bersama DAP cuma mereka hanya memberi pengajaran kepada parti itu dalam pilihan raya Johor dan Sabah.

“Situasi di Johor dan Negeri Sembilan agak berbeza memandangkan Johor kuat kuat BN berbanding DAP,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN