UMNO Kelantan belum bincang kerjasama dengan Pas hadapi PRU-16

UMNO Kelantan belum bincang kerjasama dengan Pas hadapi PRU-16

Ahmad Jazlan Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Kelantan belum mengadakan sebarang perbincangan dengan Pas berhubung cadangan penyatuan politik Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob berkata, pihaknya ketika ini masih menyokong Kerajaan Perpaduanyang dibentuk adalah atas titah Yang di-Pertuan Agong

“Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Buat masa ini BN masih menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Setakat ini pihak parti belum bincangkan kerjasama untuk memasuki PRU16,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas usaha penyatuan Pas dan UMNO di Kelantan perlu bermula sekarang.

Menurut Jazlan, UMNO Kelantan tidak akan mendahului pucuk pimpinan parti berhubung sebarang cadangan kerjasama dengan Pas di negeri ini.

Katanya, walaupun terdapat pandangan mengenai keperluan usaha penyatuan antara kedua-dua parti itu, namun sebarang langkah ke arah itu perlu melalui proses dan pertimbangan pimpinan pusat.

“Kita di UMNO-Barisan Nasional (BN) Kelantan patuh dan akur segala keputusan yang dibuat. Kita tidak akan mendahului pucuk pimpinan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN