MERSING: Tiga pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kawasan Parlimen Mersing dibuka serentak pada pukul 8 pagi ini.
Tiga pusat pengundian itu ialah Dewan Jenalik yang terletak dalam Kem Sri Iskandar; Balai Polis Endau dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.
Proses pengundian awal yang melibatkan 1,833 anggota tentera polis serta pasangan itu berlangsung sehingga pukul lima petang.
Tinjauan di Kem Iskandar mendapati anggota tentera dan pasangan tiba awal di tempat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Cuaca di lokasi baik, namun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di bandar Mersing, namun mendung dijangka melanda pada pukul tiga petang.
Kerusi DUN Tenggaroh menyaksikan pertembungan tiga penjuru.
Tiga calon yang bertanding ialah Mohd Youzaimi Yusof (Barisan Nasional-UMNO), Md Yusof Dawam (Pakatan Harapan-PKR), dan Muhamad Amerul Muhamad (Perikatan Nasional- Bersatu). – UTUSAN










