Tiga lemas dihanyut kepala air Sungai Sedim

Tiga lemas dihanyut kepala air Sungai Sedim

ANGGOTA bomba mengangkat mayat salah seorang mangsa yang ditemukan lemas dalam kejadian kepala air di Taman Eko Rimba, Sungai Sedim, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak mati lemas setelah hanyut akibat tragedi kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, di sini petang semalam.

Mereka ialah Nur Atikah Abdullah, 28; Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12 dan Muhammad Aariz Danial Md. Radzi, 3, yang dipercayai tiga sekeluarga.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu dipercayai berlaku secara tiba-tiba ketika ramai pengunjung berkelah di lokasi peranginan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, pihaknya mene­rima panggilan kecemasan da­ripada orang awam pada pukul 2.38 petang.

“Mangsa terlibat setakat ini tiga orang dengan seorang mangsa kanak-kanak berjaya diselamatkan.

“Kejadian disyaki berpunca daripada kepala air yang datang secara tiba-tiba dan siren kecemasan di tempat kejadian mengalami kerosakan,” kata­nya di sini, semalam.

Penduduk setempat memaklumkan, tiada hujan ketika kepala air melanda, malah cuaca dilaporkan baik di kawasan sekitar sehingga semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech, PKPgB Mohammad Haiqal Izwan Nasir berkata, pihaknya me­nemukan ketiga-tiga mangsa terbabit yang terapung di ali­ran sungai iaitu di kawasan pertengahan bukit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN