Tidak pilih kerja punca majikan gaji warga asing 

Tidak pilih kerja punca majikan gaji warga asing 

ZAKARIA Shaaban (tengah) ketika Op Mega di sekitar Jalan Kenanga di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesediaan bekerja lebih masa dan tidak memilih pekerjaan antara faktor utama menyebabkan segelintir majikan tempatan terus bergantung kepada tenaga kerja asing, meskipun pelbagai usaha dilakukan bagi mengutamakan pekerja tempatan.  

Alasan itu diberikan pemilik kedai warga tempatan yang menggajikan warga asing di dalam serbuan yang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di ibu negara.

Dalam operasi bermula pukul 10 pagi, seramai 18 warga asing ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan lima wanita berusia antara 25 tahun hingga 32 tahun di 12 premis sekitar Kuala Lumpur. 

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau berkata, operasi menyasarkan premis perniagaan yang dipercayai menggajikan dan dikendalikan warga asing membabitkan kedai makan, kedai gunting rambut, kedai runcit dan premis cuci kereta dan bengkel kenderaan. 

Menurutnya, warga asing yang ditahan membabitkan empat lelaki warga Indonesia, seorang wanita warga Bangladesh, tiga wanita warga India, tiga lelaki Pakistan serta seorang wanita dan enam lelaki warga Myanmar. 

“Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa, pemegang kad yang tidak diiktiraf dan kesalah lain yang melanggar Akta Imigresen. 

“Mereka dipercayai bekerja di premis yang diperiksa dengan bayaran gaji diterima antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JIM Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Operasi bersepadu berkenaan turut membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Hamsha berkata, semua warga asing yang ditahan akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. 

“Selain itu, dua borang saman kepada saksi turut dikeluarkan kepada warga tempatan dalam operasi berkenaan untuk membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang imigresen termasuk majikan, pemilik premis dan individu yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN