Thailand guna dron pantau titik buta sempadan Malaysia

Thailand guna dron pantau titik buta sempadan Malaysia

UNIT Rondaan Sempadan Komando Suriyothai bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia melakukan rondaan di dalam hutan di sempadan Thailand-Malaysia. – IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pi­hak berkuasa Thailand menggunakan dron bagi memantau kawasan pergunungan dan titik buta di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha membendung penyeludupan.

Timbalan Komander Perintah Kawalan Komando Suriyothai, Kolonel Prasertsak Kaewkham berkata, ia melibatkan Daerah Waeng di Narathiwat serta Daerah Thanto dan Bannang Sata di Yala yang sukar dipantau melalui rondaan darat.

Katanya, rondaan bersama secara berjalan kaki dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dilaksanakan dalam membanteras jenayah rentas sempadan.

“Misi ini bukan sahaja me­ning­katkan keselamatan sempadan tetapi mengukuhkan hu­­bungan ketenteraan antara Thailand dan Malaysia.

“Kita mahu kerjasama berte­rusan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan rakyat kedua-dua negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Prasertsak berkata, unit Ko­­mando Suriyothai dengan ker­­jasama pentadbiran tempatan turut menjalankan operasi proaktif dengan memasang lebih banyak kawat berduri di sepanjang titik semula jadi di Sungai Golok bagi menghalang jenayah rentas sempadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN