SEREMBAN: Manifesto yang dibentangkan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan sekadar janji sebaliknya kesinambungan kepada pencapaian pentadbirannya sepanjang hampir lima tahun.
Perancangan yang terkandung dalam manifesto tersebut menjadi pelan hala tuju untuk membawa Negeri Sembilan menuju sebuah negeri maju menjelang tahun 2045.
PH Negeri Sembilan tampil menawarkan agenda pembangunan berteraskan kesejahteraan rakyat menerusi manifesto ‘Kekal Harapan-Negeri Sembilan Maju 2045’, dengan sasaran mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, membina 20,000 rumah mampu milik serta memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR).
Bantuan keluarga B40 dan M40 (Pendapatan isi rumah maksimum RM8,000) layak memohon ialah:
1. Pelajar sambung pengajian ke IPT:
I. Sijil – RM500.
II. Diploma – RM750.
III. Diploma STEM – RM1,000 (Baharu diperkenalkan).
IV. Ijazah Sarjana Muda/Degree – RM1,000 naik RM1,200.
V. Ijazah Sarjana Muda/Degree STEM – RM1,500.
2. Sumbangan Komputer Riba pelajar IPT – Ditanggung sepenuhnya mengikut spefikasi kursus pelajar.
3. Bantuan Sara Hidup IPTA (RM200 x 12 bulan) = RM2,400.
4. Bantuan Pelajar Sekolah Berasrama Penuh – RM500.
5. Bantuan Anak Sekolah (RM70 x 11 bulan) – RM770.
6. Biasiswa Anak Negeri – RM700.
7. Bantuan Pembelian Peralatan Ortopedik – Ditanggung sepenuhnya.
Bantuan keluarga B40 (Pendapatan isi rumah maksimum RM4,000) layak memohon ialah:
1. Bayi Baharu Lahir (Caruman SSPN) = RM100 naik RM200.
2. Pelajar SPM (Straight A+) – RM1,000 (Baharu diperkenalkan).
3. Pelajar STPM (GPNK 4.00) – RM1,000 (Baharu diperkenalkan).
4. Warga Emas 65 – 69 tahun – RM200/setahun (Baharu diperkenalkan).
5. Warga Emas 70 tahun ke atas – RM200 naik RM300/setahun.
6. Bantuan Dialisis (Pembedahan Tapak Fitsula) – RM2,800 naik RM3,000.
7. Bantuan Pesakit Kanser – RM1,000
8. Belia Berkahwin Kali Pertama – RM500
9. Bantuan Ibu Tunggal – RM200/setahun










