Tahlil tiada hari-hari khusus
SOALAN
Apakah hukumnya diadakan tahlil arwah dan berapa hari sepatutnya dilakukan?
-Anak Pak Long
Skudai
JAWAPAN
Hukum mengadakan tahlil adalah harus tetapi janganlah meletakkan hari-hari yang khusus atau tertentu.
Wanita digalak hadiri majlis ilmu
SOALAN
Wanita tidak digalak ke surau atau masjid untuk beribadah. Maka kalau ada aktiviti di masjid, wanita tidak berpeluang membuat pahala. Apa pandangan ustaz?
Umi
Nilai
JAWAPAN
Wanita tidak diwajibkan ke masjid atau pun surau. Namun pada zaman ini sangat digalakkan wanita ke masjid untuk mendengar majlis ilmu dan sebagainya. Suasana aman di masjid sentiasa dipelihara.
Bertafakur depan kubur kenang nasib selepas mati
SOALAN
Selain berdoa, apa perkara yang disyariatkan dalam Islam jika menziarahi kubur? Apakah perbuatan menyiram kubur dan baca yasin itu mesti dilakukan?
Ithnin
Bangi
JAWAPAN
Boleh membaca al-Quran, berdoa dan bertafakur tentang nasib kita selepas kematian. Ada pun menyiram kubur tidak ada halangan. Namun jangan berlebihan dalam menghiasi kubur.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










