Suri rumah pandu kenderaan lesen tamat tempoh ditahan

Suri rumah pandu kenderaan lesen tamat tempoh ditahan

HAMIDI Adam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang suri rumah untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah mengundang padah apabila dia ditahan selepas didapati memandu sebuah kenderaan dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans yang telah tamat tempoh.

Wanita berusia 35 tahun itu ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan menerusi Op Luxury di sekitar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pukul 3 petang semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, pemeriksaan mendapati LKM dan insurans kenderaan itu tamat tempoh sejak 4 September tahun lalu.

“Ketika ditahan wanita terbabit memberi alasan terlupa untuk memperbaharuinya dan selalunya diurus oleh suaminya.

“Bagaimanapun pemeriksaan juga mendapati kereta itu mempunyai banyak saman  Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kereta itu disita untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN