Suami maut tinggalkan isteri sarat mengandung

Suami maut tinggalkan isteri sarat mengandung

PASUKAN bomba mengeluarkan mangsa tersepit yang meninggal dunia dalam kemalangan dekat Jalan Tebuk Marso, Kampung Tebuk Marso di Sabak Bernam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang suami maut manakala isterinya cede­ra selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua buah lori treler dekat Jalan Tebuk Marso di Kampung Tebuk Marso, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa Muhammad Hasib Hanafi Mohd. Hisham, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan sementara isterinya Siti Soleha Abdullah, 26, yang sarat mengandung tujuh bulan cedera ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.49 pagi berhubung insiden tersebut.

Katanya, pasangan suami isteri itu menaiki lori jenis Volvo yang membawa muatan 36 tan metrik besi sementara lori treler jenis Hino pula membawa kontena.

“Komander operasi melaporkan wanita itu tersebut dan berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum ketibaan pasukan penyelamat sementara suami­nya tersepit dan tidak sedarkan diri.

“Sementara pemandu lori Hino itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Jelasnya, mangsa yang cedera dibawa oleh ambulans ke hospital berhampiran sementara mayat suami diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ashrul Riezal menambah, dalam operasi menyelamat itu, sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah fire rescue tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN