Shafie Apdal dihukum penjara 5 minggu

Shafie Apdal dihukum penjara 5 minggu

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan Presiden Parti Warisan itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu

Ketika berucap pada satu acara di Kinabatangan pada September tahun lalu, Shafie dilaporkan menyifatkan kematian Zara sebagai ‘pembunuhan’ dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam mengendalikan kes itu.

Kenyataan itu dibuat ketika inkues kematian remaja berkenaan masih berlangsung di hadapan Amir.

Pada 23 Okt tahun lalu, peguam negara mendapat kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding terhadap Shafie, yang juga bekas ketua menteri Sabah.

Zara, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 17 Julai tahun lalu, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar.

Inkues bagi menentukan punca kematiannya masih berjalan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN