Separuh kerusi BN menang 10,000 majoriti undi

Separuh kerusi BN menang 10,000 majoriti undi

BARISAN Nasional (BN) memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Lebih separuh daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatat dengan majoriti melebihi 10,000 undi.

Sebanyak 26 kerusi mencatat kemenangan lima angka sekali gus memperlihatkan dominasi gabungan itu di kebanyakan kawasan yang ditandinginya.

Antara kerusi berkenaan ialah DUN Bukit Kepong, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Raja, Rengit, Mahkota, Kahang, Machap, Tenggaroh, Pasir Raja, Johor Lama, Tanjung Surat, Panti, Sedili, Penawar, Tiram, Permas, Kempas, Larkin dan Kota Iskandar.

BN turut memperoleh kemenangan besar di DUN Benut, Pekan Nenas, Bukit Permai, Pulai Sebatang dan Kukup.

Daripada 26 kerusi yang mencatat majoriti melebihi 10,000 undi itu, DUN Permas muncul sebagai kerusi paling cemerlang apabila penyandangnya, Baharudin Mohamed Taib memperoleh 51,274 undi sekali gus menewaskan tiga pencabarnya dengan majoriti 29,505 undi.

BN turut mencatat kemenangan bergaya di DUN Tiram apabila Datuk Abdul Halim Suleiman menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dengan majoriti 28,255 undi.

Turut mencuri tumpuan ialah kejayaan Ahmad Syar’e Yusof merampas DUN Bukit Kepong selepas menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang menyandang kerusi itu selama dua penggal sebelum ini dengan majoriti 10,761 undi.

Di DUN Rengit pula, Zaidi Japar tetap memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti 10,817 undi meskipun bekas penyandangnya, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, secara terbuka mengkritik UMNO dan menyatakan sokongan kepada PH sepanjang kempen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN