Sentiasa terbuka untuk berkomunikasi - Shania Twain dedah rahsia perkahwinan berkekalan - Utusan Malaysia

Sentiasa terbuka untuk berkomunikasi – Shania Twain dedah rahsia perkahwinan berkekalan

SHANIA Twain bahagia bersama suami, Frédéric Thiébaud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi antarabangsa, Shania Twain memaklumkan komunikasi penting untuk memastikan hubungan suami isteri sentiasa baik dan berkekalan.

Penyanyi berusia 60 tahun itu berkata, perkara itulah yang membuatkan hubungannya dengan suami, Frederic Thiebaud berkekalan selama 15 tahun.

“Suami sentiasa mengingatkan saya agar bersikap terbuka dalam berkomunikasi,” katanya kepada majalah People, baru-baru ini.

Shania menyifatkan dirinya beruntung kerana memiliki suami yang terbuka dalam meluahkan perasaan.

“Dia rajin berbual, tidak memendam perasaan atau malu untuk meluahkannya. Itu satu nilai yang jarang ada dalam diri lelaki lain.

“Anda wanita bertuah jika memiliki suami yang terbuka dalam meluahkan perasaannya,” katanya lagi.

Shania dan Thiebaud mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2011 dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu mengikat tali pertunangan pada 2010 selepas satu tahun menjalinkan percintaan.

Sebelum itu, shania melangsungkan perkahwinan dengan Robert Mutt Lange dan memaliki seorang anak bernama Eja Lange.

Bagaimanapun perkahwinan mereka ternoktah pada 15 Mei 2008 selepas 14 tahun bersama. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN