Selama ini saya doa, kini dalam dakapan - Nelydia Senrose - Utusan Malaysia

Selama ini saya doa, kini dalam dakapan – Nelydia Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nelydia Senrose meluahkan rasa terharu bergelar seorang ibu setelah tujuh tahun menantikan kehadiran zuriat pertamanya.

Menerusi sebuah hantaran di Threads, Nelydia menyifatkan fasa baharu yang dilaluinya kini bagai pelengkap akan kehidupannya apatah lagi hasrat untuk menimang cahaya mata selama ini sudah menjadi realiti.

“Masya-Allah, Tabarakallah. Kini saya sudah bergelar seorang ibu.

“Kasih sayang yang selama ini saya panjatkan dalam doa, saya nantikan penuh sabar dan saya impikan akhirnya kini berada dalam dakapan saya. Hati saya tidak pernah merasai perasaan seindah ini,” tulisnya.

Semalam, suami kepada aktres tersebut, Datuk Mohd Hafez Halimi memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 26 Julai lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, suami kepada pelakon itu turut menzahirkan penghargaan terhadap Nelydia yang berjuang dan bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat yang dinantikan sepanjang tujuh tahun berkahwin.

Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN