Saya tak boleh diamkan - Ramona Zam Zam - Utusan Malaysia

Saya tak boleh diamkan – Ramona Zam Zam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Siapa makan cili, dia terasa pedas.”

Demikian komen pelakon, Ramona Zam Zam mengenai kenyataannya di media sosial yang secara terbuka menyelar peniaga ubat kurus kerana mempengaruhi pelanggan untuk membeli suplemen, ubat dan suntikan kurus.

Ramona memaklumkan teguran itu dibuat secara terbuka, tidak ditujukan kepada mana-mana peniaga secara spesifik.

“Ia tidak betul. Saya ada ramai pengikut media sosial, jadi saya perlu maklumkan mana yang salah.

“Hati saya sakit, tak boleh biarkan masyarakat terus bergelumang dengan suplemen dan ubat-ubatan semata-mata mahu kurus.

“Kepada penjual, tidak kira siapa pun anda, apa yang anda lakukan adalah salah. Bagaimana anda boleh jual suplemen kurus sedangkan diet anda tak seimbang.

“Jadi saya tak boleh berdiam diri. Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinanlah saya bersuara untuk semua orang,” katanya ketika ditemui pada lawatan media ke lokasi penggambaran drama Wish List, semalam.

Ramona, menerusi Thread baru-baru ini mengegur kegilaan masyarakat terhadap suplemen dan ubat kurus yang dijual secara terbuka di pasaran.

“Kegilaan ubat kurus ini sudah lama berlaku. Kalau ditanya kepada saya, tentu saya akan kata tiada jalan pintas, ambillah ubat-ubatan atau suntikan apa sekalipun, pasti ada kesan sampingan.

“Satu-satunya cara untuk mengurangkan berat badan secara selamat adalah dengan bersenam. Itu sahaja.

“Tapi, menyedihkan apabila orang kita terlalu taksub untuk kurus dengan mengambil jalan pintas. Suplemen dan ubat-ubatan tidak berkesan. Anda hanya membuatkan penjualnya kaya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ramona tidak menolak kemudahan mendapatkan makanan di Malaysia menjadi punca kegemukan dan obesiti meningkat.

“Kita mampu kurus tanpa mengambil suplemen, cuma mahu atau tidak sahaja. Tapi orang Malaysia dimanjakan dengan kepelbagaian makanan dan dengan teknologi sekarang, makanan boleh didapati dengan mudah,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN