Saya kerja keras untuk Gelanggan Rasa - Auddra - Utusan Malaysia

Saya kerja keras untuk Gelanggan Rasa – Auddra

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi meningkat naik, Auddra Zulkifli meluahkan rasa gembira apabila impiannya untuk muncul dengan single sendiri menjadi kenyataan.

Penyanyi berusia 17 tahun itu berkata, single Gelanggang Rasa yang baharu dilancarkan semalam, merupakan hasil titik peluh dan keringat yang dicurahkan untuk merealisasikan impiannya itu.

“Saya sangat terharu, rasanya saya realisasikan satu impian. Sejak dulu lagi saya berangan-angan untuk keluarkan lagu. Tiba-tiba ia menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

“Saya bangga, dan tahu keluarga juga bangga dengan saya. Mereka tahu saya berkerja keras untuk lagu ini. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ideas Hotel semalam.

Penyanyi yang mesra disapa Odah itu dia tertarik dengan naskhah ciptaan Mingaling, Micu Ellis dan Aril Armani, lantas memilih lagu tersebut sebagai single pertamanya.

“Selepas mendengar lagu ini berulang kali, saya merasakan alangkah baiknya kalau ia dijadikan lagu pertama saya.
Jadi dalam banyak lagu yang saya terima, saya pilih lagu ini kerana ia bertenaga.

“Mungkin nanti saya akan muncul dengan lagu R&B atau balada. Tetapi, buat masa ini saya keluarkan Gelanggang Rasa.

“Lagu ini sesuai dengan citarasa saya kerana ia ‘hyper’. Untuk pengetahun anda, saya bukanlah orang yang serius. Saya suka berseronok, buat lawak jenaka.

“Gelanggang Rasa menggambarkan diri saya. Inilah jiwa saya, lagu yang saya pilih untuk memperkenalkan diri saya kepada kepada umum,” katanya lagi.

Bercerita mengenai proses rakaman, Pada awalnya Auddra menghadapi kesukaran kerana tidak biasa mendengar melodi lagu itu namun masalah tersebut dapat diatasi selepas berulang kali mendengarnya.

“Malah ketika awal proses rakaman, saya kena naikkan ‘key’ lagu ini disebabkan ianya terlalu rendah untuk suara saya.

“Selepas banyak penambahbaikan dibuat, ia menjadi semakin jelas dan seronok apabila didengari,” ujarnya.

Sementara itu, Auddra memaklumkan banyak mendapat tunjuk ajar daripada Biduanita Negara merangkap ibu angkatnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

“Siti tidak ada semasa rakaman, tetapi dia tetap bimbing saya. Tentulah saya ikut nasihatnya, lagi pula dia tahu selok belok dunia nyanyian dan merupakan penyanyi bertaraf legenda.

“Siti banyak tinggalkan nasihat. Antaranya meminta saya jaga penafasan, jangan minum minuman berais terlalu kerap, banyakkan bersenam, jaga stamina dan sebagainya,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN