SEREMBAN: Anak muda jangan melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak dengan selebriti PU Riz, malam ini.
Bertemakan Malam Pengisian Jiwa, antara pengisian programnya adalah zikir dan munajat yang akan dipimpin oleh pendakwah selebriti dan pelakon itu atau nama lengkapnya, Haris Ismail.
PU Riz juga akan menyampaikan ceramah bertajuk Kepemimpinan Melalui Tauladan yang menerangkan bagaimana Rasulullah SAW memberi layanan terhadap orang bukan Islam di zaman pemerintahan baginda.
Program yang bermula seawal pukul 7.30 malam itu dimulakan dengan solat maghrib bertempat di Bilik Gerakan Utama PH di Kampung Jijan.
Orang ramai dijemput datang beramai-ramai dan dinasihatkan membawa sejadah kecil untuk sama-sama bermunajat bagi calon PH Dun Labu.










