Rupa itu bonus, bakat lakonan yang perlu diperelokkan - Sheila Mambo - Utusan Malaysia

Rupa itu bonus, bakat lakonan yang perlu diperelokkan – Sheila Mambo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sheila Mambo, menegaskan bakat merupakan elemen paling penting bagi setiap pelakon baharu untuk bertapak dalam industri berbanding sekadar bersandarkan paras rupa.

Sheila Rusilawati Hasan, 63, berkata, rupa paras yang menarik hanyalah sekadar nilai tambah, manakala kemampuan menjiwai watak dengan berkesan tetap menjadi keutamaan yang dinilai penonton.

“Tidak kisah rupa anda bagaimana, kalau mutu lakonan itu cantik, keseluruhan karya akan jadi cantik. Bila awak tinggalkan kesan yang baik, orang ramai akan ingat.

“Jangan jual benda yang rupa sahaja elok, tetapi bila dimakan tidak sedap. Rupa itu bonus, tetapi lakonan awak yang kena diperelokkan,” katanya kepada utusan Malaysia.

Sheila berkata, persembahan lakonan yang tidak lengkap dan berkualiti tidak akan mampu bertahan atau menarik minat audiens.

“Kita tidak akan dapat kek yang baik jika ramuannya tidak cukup. Jadi, untuk pendatang baharu, belajarlah ilmu lakonan.

“Sebab apa? Nanti penerbit semua mahu jual karya kita kepada penonton,” katanya.

Untuk rekod, Sheila pernah membintangi filem seperti Idola, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Anak Mami Kembali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN