RM300 juta dana tambahan naik taraf PPR di ibu kota

RM300 juta dana tambahan naik taraf PPR di ibu kota

HANNAH Yeoh ketika melakukan tinjauan pada Program Penyelenggaraan Perumahan Awam DBKL di PPR Desa Tun Razak di sini, hari ini. UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM300 juta bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf di semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, ia untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk menerusi penyelenggaraan kemudahan secara menyeluruh dan sistematik.

“Ini bukan fokus pada satu kawasan PPR sahaja tetapi kita mahu semua dapat manfaat ini.

“Kita mahukan penduduk ibu kota yang tinggal di PPR ini tetap selesa dan kerja menaik taraf itu dilaksanakan secara sistematik dengan dana yang diberikan untuk penyelenggaraan diuruskan dengan baik.

“Dasar kerajaan untuk penyelenggaraan ini yang penting, kerana senang untuk bangunkan sesuatu projek tetapi kalau tiada dana itu ia tetap tidak selamat,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Penyelenggaraan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di PPR Desa Tun Razak di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadhlun Mak Ujud.

Hannah berkata, ini adalah kali pertama kerja-kerja penurapan jalan dan penukaran sistem pendawaian di semua PPR dilaksanakan.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, penduduk PPR Desa Tun Razak perlu menjaga kemudahan yang disediakan untuk keselesaan bersama.

“Saya ingin menyeru kepada penduduk di sini, kalau kita sudah diberikan kemudahan jagalah dengan baik bersama-sama. Ia untuk keselesaan bersama juga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN