RCI syor TH rujuk Muzakarah MKI berkaitan akad simpanan

RCI syor TH rujuk Muzakarah MKI berkaitan akad simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mengesan berlaku perubahan pada akad simpanan yang memerlukan TH memberi perhatian sewajarnya mengikut ketetapan pihak berkuasa agama.

Suruhanjaya mengesyorkan agar TH mengemukakan perkara berbangkit kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) supaya bayaran zakat sempurna

Menurut laporan itu, ia perlu dibincang dan diputuskan mengikut pandangan hukum berkaitan pembayaran zakat.

“Suruhanjaya mendapati pada 2016, akad deposit (kontrak) ini telah ditukar kepada Wadi ‘ah Yad Dhamanah yang mana deposit dikira sebagai simpanan.

“TH akan membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit untuk mengelakkan pembayaran riba. Namun, suruhanjaya mendapati tiada penjelasan mengapa perubahan akad ini dilakukan,” menurut laporan itu.

Suruhanjaya mendapati antara faktor perubahan tersebut kerana TH mula menggunakan sebahagian keuntungan pelaburan untuk membiayai subsidi di bawah akad Mudarabah.

Tetapi tiada dokumen menunjukkan pendeposit (rabbul mal) bersetuju sebahagian keuntungan pelaburan digunakan untuk subsidi.

“Kesan daripada pertukaran kepada akad Wadi’ah Yad Dhamanah telah mengubah hubungan yang boleh menyebabkan pendeposit terdedah kepada tanggungan zakat ke atas deposit yang diserahkan kepada TH.

“Perkara ini telah dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam suratnya kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Jun 2019.

“Menurut BNM, penzahiran berkenaan zakat kepada pendeposit mungkin tidak sama dengan kontrak di bawah Wadi’ah Yad Dhamanah,” kata laporan itu.

Suruhanjaya turut mendapati pertukaran akad Mudharabah kepada akad Wadi’ah Yad Dhamanah pada 2016 mengakibatkan berlaku ketidakharmonian antara Akta Tabung Haji (Akta 535) dengan pelaksanaan akad tersebut.

Hal ini terjadi kerana di bawah akad Wadi’ah Yad Dhamanah, TH berperanan sebagai peminjam wang daripada pendeposit untuk dilaburkan.

“TH bebas menggunakan keuntungan dana tersebut untuk pembayaran keuntungan (hibah), subsidi dan sebagainya tanpa kebenaran pendeposit.

“Di atas akad tersebut juga pembayaran zakat oleh TH sebenarnya zakat yang kena dibayar oleh TH, bukan zakat yang perlu dibayar oleh pendeposit.

“Sedangkan, menurut Akta 535, TH sememangnya tidak dibenarkan meminjam dan tidak tertakluk kepada pembayaran zakat. Bagi pihak pendeposit, mereka menganggap pembayaran zakat oleh LTH adalah mewakili zakat mereka,” kata laporan itu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN