PRN Negeri Sembilan: Polis buka tiga lagi kertas siasatan kes sogokan

PRN Negeri Sembilan: Polis buka tiga lagi kertas siasatan kes sogokan

KETUA Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis membuka tiga lagi kertas siasatan berhubung kesalahan penyogokan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ketiga-tiga kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas pihaknya menerima 18 laporan polis berkaitan kesalahan pilihan raya.

Menurutnya, satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia berkaitan menyebarkan kandungan berunsur hasutan dan maklumat berkaitan pilihan raya menerusi media sosial yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Semalam, polis menerima 18 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan membuka empat kertas siasatan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kertas siasatan yang dibuka sejak hari penamaan calon pada 18 Julai lalu meningkat kepada 23.

“Secara kumulatif bagi tempoh 18 Julai hingga semalam, PDRM Negeri Sembilan menerima sebanyak 80 laporan polis dan membuka 23 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata, secara keseluruhannya situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses PRN negeri itu berada pada tahap baik dan terkawal. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN