SRI GADING: Khairy Jamaludddin masih berteka-teki sama ada beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 16 Julai ini.
Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau mahu memberi fokus dalam membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) di PRN Johor.
“Kita menang dekat Johor dululah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai sama ada akan bertanding di PRN Negeri Sembilan.
Khairy sebelum ini menyandang Parlimen Rembau selama tiga penggal sebelum memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding.
Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ kemudian menjadi calon BN untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, KJ tewas kepada Datuk Seri R. Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 2,693 undi dalam persaingan tujuh penjuru. – UTUSAN










