PRN Negeri Sembilan: Kekalkan PH demi kesinambungan pembangunan

PRN Negeri Sembilan: Kekalkan PH demi kesinambungan pembangunan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 akan membolehkan kesinambungan usaha pembangunan di negeri itu dapat diteruskan demi manfaat rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil keserasian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah membolehkan pelbagai usaha pembangunan dilaksanakan di negeri itu.

Namun katanya, masih banyak agenda pembangunan yang perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

“Alhamdulillah, saudara Aminuddin Harun atau Tok Min telah memimpin Negeri Sembilan sejak 2018 dengan amanah, sederhana dan berintegriti.

“Dengan penuh rasa rendah diri, saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan kepercayaan kepada Harapan di bawah pimpinan Tok Min. Jangan biarkan usaha yang telah kita bina bersama ini terhenti di pertengahan jalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, mandat rakyat amat penting bagi memastikan Negeri Sembilan terus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan sentiasa bekerja demi kepentingan rakyat.

“Insya-Allah, Harapan akan terus memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan, diikuti pengundian awal pada 28 Julai sebelum hari pengundian pada 1 Ogos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN