PRN Johor: Pas Johor nafi Hadi keluarkan amanat

PRN Johor: Pas Johor nafi Hadi keluarkan amanat

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pas Johor menafikan risalah yang tersebar mengaitkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sengaja disebarkan.

Risalah itu antaranya menyeru ahli Pas untuk menolak Pakatan Harapan (PH) dan menyokong Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor demi penyatuan ummah.

Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Firdaus Jaffar berkata, risalah yang tersebar itu bukan kenyataan, arahan atau amanat rasmi Presiden Pas.

Malah, beliau menegaskan ia juga tidak pernah dikeluarkan oleh Pas Pusat dan Pas Johor.

“Pas Johor memandang serius penyebaran bahan yang menggunakan nama dan imej pimpinan parti tanpa kebenaran sehingga boleh mengelirukan ahli, penyokong serta masyarakat umum mengenai pendirian rasmi parti,” katanya.

Mohd Firdaus berkata, seluruh ahli dan penyokong Pas termasuk masyarakat dinasihatkan untuk tidak menyebarkan risalah tersebut.

Jelasnya, sebarang maklumat perlu dirujuk saluran rasmi Pas bagi mendapatkan kenyataan yang sahih.

“Pas Johor turut mengingatkan semua pihak agar berpolitik secara matang, beretika dan bertanggungjawab.

“Penyebaran bahan palsu dan maklumat mengelirukan hanya akan mencemarkan proses demokrasi serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN