PETALING JAYA: Berdasarkan kiraan undi awal tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Barisan Nasional (BN) mendahului di 33 kerusi setakat pukul 6.27 petang ini.
Perkara itu dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook beliau, dengan Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di tujuh kerusi.
Perikatan Nasional (PN), Bersama dan MUDA masing-masing masih belum mendahului sebarang kerusi.
Difahamkan antara kerusi yang BN mendahului termasuk DUN, Mahkota, Buloh Kasap, Jementah, Kemelah, Tenang, Bekok, Bukit Kepong, Gambir, Tangkak, Semerah, Yong Peng, Parit Raja serta Layang-Layang.
Selain itu, DUN Mengkibol, Paloh, Kahang, Endau, Tenggaroh, Sedili, Johor Lama, Johor Jaya, Permas, Kempas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu, Senai, Pulai Sebatang, Penawar, Tangjung Surat dan Semarang.
DUN didahului PH pula ialaj DUN Bukit Pasir, Sri Medan, Parit Yaani, Rengit, Perling serta Tiram.
SPR sebelum ini memaklumkan, kesemua 1,076 pusat mengundi membabitkan 4,849 saluran di seluruh negeri ditutup secara rasmi tepat pukul 6 petang tadi.
Setakat pukul 5 petang, SPR memaklumkan seramai 67.44 peratus daripada lebih 2.7 juta rakyat Johor yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Seramai 19,471 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka pada Selasa lalu. – UTUSAN







