Polis panggil Sanusi, pemimpin UMNO Rembau beri keterangan

Polis panggil Sanusi, pemimpin UMNO Rembau beri keterangan

ALZAFNY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta seorang pemimpin UMNO Rembau bagi dirakam percakapan bagj membantu siasatan berhubung kenyataan yang dibuat mereka ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima dua laporan berkaitan Muhammad Sanusi manakala 11 laporan lagi dibuat terhadap pemimpin UMNO Rembau berkenaan.

Menurutnya, kertas siasatan membabitkan Muhammad Sanusi dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini kami belum mengambil keterangan beliau dan tindakan segera akan dilaksanakan.

“Kami juga sudah memanggil beberapa saksi serta merakam percakapan mereka, selain mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Alzafny berkata, kertas siasatan terhadap pemimpin UMNO Rembau yang didakwa mengaitkan institusi diraja Negeri Sembilan dengan parti politik dibuka mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Beberapa keterangan saksi yang membuat laporan polis dan saksi tambahan sudah diambil. Kami akan memanggil lelaki ini untuk meneruskan siasatan,” katanya.

Sementara itu, Alzafny berkata, sebanyak 536 permit ceramah pilihan raya dikeluarkan polis sepanjang tempoh berkempen dari 16 Julai hingga semalam.

Katanya, dalam tempoh sama, polis menerima 53 laporan berkaitan pilihan raya, dengan 16 kertas siasatan dibuka.

“Siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa termasuk Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Setiap laporan diteliti dan tindakan diambil berdasarkan fakta serta peruntukan undang-undang tanpa memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN