PN terbuka kerjasama selepas 11 Julai, asal bukan PH

PN terbuka kerjasama selepas 11 Julai, asal bukan PH

PN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana parti sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung selepas 11 Julai ini, selagi mana ia tidak melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, gabungan parti itu terbuka untuk bergabung dengan parti yang mempunyai ideologi sehaluan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun, beliau berkata, PN kini mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga keputusan PRN Johor diumumkan bagi menentukan hala tuju gabungan politik itu.

“Setakat ini kita tidak akan bersama PH, selepas tahu keputusan nanti kita akan tentukan. Jika ada kerjasama ia hanya melibatkan pihak mempunyai ideologi sama dengan kita, itu asasnya,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Sebelum ini wujud spekulasi bahawa bakal wujud penjajaran politik baharu selepas 11 Julai ini namun ia disangkal oleh Pengersi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Sahruddin menegaskan hubungan antara akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kekal baik.

Beliau yang merupakan calon PN bagi DUN Bukit Kepong itu berkata, beliau menerima bantuan daripada jentera Pas sepanjang berkempen.

“Meskipun terdapat ketegangan di peringkat kepimpinan, ahli Bersatu dan Pas terus bekerjasama, khususnya di Bukit Kepong dan Bukit Pasir.

“Saya turut mengadakan perbincangan secara berkala dengan Ketua Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN