PN benarkan pimpinan kongsi pentas dengan BN

PN benarkan pimpinan kongsi pentas dengan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perikatan Nasional (PN) bersetuju membenarkan pimpinan parti itu di semua peringkat berkongsi pentas serta bekerjasama dengan jentera Barisan Nasional (BN) apabila diperlukan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, ketetapan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PN yang dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PN.

Menurut beliau, mesyuarat itu turut memberi mandat kepada Setiausaha Agung PN bersama wakil komponen untuk menyelaras aktiviti dan gerakan bersama BN.

Selain itu, katanya, mesyuarat bersetuju mewujudkan Pusat Media, Penerangan dan Komunikasi (PMPK PN) bagi memudahkan urusan wartawan serta berperanan sebagai pusat kawalan bagi semua aktiviti penerangan.

“Mesyuarat turut memperkemaskan penyelarasan program dan polisi serta membentuk Jawatankuasa Kerja bagi merangka manifesto dan komitmen calon.

“Selain itu, mesyuarat bersetuju untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan muafakat rakyat daripada semua kaum, bangsa dan agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata, mesyuarat turut meluluskan satu garis panduan etika kempen supaya sentiasa berhemah, bijaksana, mematuhi adat dan budaya setempat serta mengikut peraturan dan undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN