Pilih pasangan sebelum kahwin, elak bercerai berai - Alvn Chong - Utusan Malaysia

Pilih pasangan sebelum kahwin, elak bercerai berai – Alvn Chong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Alvn Chong, 35, berpandangan penting bagi seseorang seseorang itu untuk memilih pasangan yang serasi sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Kata Alvin, perkara itu penting supaya di kemudian hari pasangan berkahwin tidak menyesal dan mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian.

“Memilih pasangan adalah satu keperluan kerana kita tak mahu berkahwin dengan pasangan yang salah dan kemudian bercerai pula. Penghujungnya kita yang kena jawab kenapa dan apa berlaku,” katanya pada Tayangan Perdana dan Majlis What’s Next on Viu bertempat di Odeon Kuala Lumpur semalam.

Mengulas tentang percerian, Alvn memaklumkan perkara itu tidak menakutkannya kerana ia biasa berlaku pada masa sekarang.

“Ramai pasangan yang bercerai berai, bukan artis sahaja. Di media sosial saya banyak melihat perkara ini, malah ada dalam kalangan keluarga yang ditimpa nasib sama.

“Bagi saya ia tidaklah menakut-nakutkan saya, cuma yang seramnya apabila ia bertukar kepada persoalan lain bila orang besar-besarkan isu tersebut,” katanya lagi.

Disoal tentang perkahwinan, Alvn memaklumkan tidak akan mendirikan rumah tangga selagi belum bertemu individu yang benar-benar serasi untuk hidup bersama.

“Bagi saya isu perkahwinan ini tidak lagi penting, lagi pun ramai lelaki dan perempuan yang berumur 30 tahun ke atas belum berkahwin.

“Tambah pula zaman sekarang bukan seperti dulu di mana ramai berkahwin kerana ibu bapa yang tentukan. Jadi, selagi belum bertemu yang serasi, saya tak akan berkahwin,” kongsinya.

Ditanya tentang media sosial, Alvn memaklumkan tidak akan berkongsi cerita peribadi di platform itu, sekadar memuat naik perkara berkaitan hal pekerjaan semata-mata.

“Sebagai orang yang dikenali ramai, media sosial hanya digunakan untuk kerja sahaja. Saya tak pernah berkongsi tentang keluarga atau perkara peribadi.

“Satu hari nanti kita akan ada zuriat, saya tak mahu mereka membaca cerita-cerita yang tak elok mengenai saya kelak.

“Dan saya pula sejenis manusia yang tidak meraikan kontroversi, cerita-cerita panas yang ditulis di laman sesawang. Amat payah untuk mendengar saya mengulas tentang cerita panas. Cukuplah artis lain yang buat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN