Sebanyak 56 pasangan pemain menyertai Pertandingan Pickleball Tertutup Piala Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia 2026 yang diadakan di 88 PickleLand, Tawau baru-baru ini.
Kejohanan anjuran PIBG SK Bahagia itu mempertandingkan dua kategori, iaitu 16 pasangan bergu lelaki dan 12 pasangan bergu wanita.
Penyertaan melibatkan guru-guru, guru besar, barisan penolong kanan, ibu bapa serta warga sekolah, sekali gus mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti melalui aktiviti sukan.
Bagi setiap kategori, empat pasangan terbaik menerima hadiah dan penghargaan atas pencapaian mereka.

Yang Dipertua PIBG SK Bahagia, S. Noor Hamid Samsuddin berkata, penganjuran kejohanan tersebut bertujuan membudayakan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengukuhkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja dan penyumbang yang menjayakan program ini. Dana penganjuran diperoleh hasil sumbangan ibu bapa serta syarikat-syarikat yang prihatin, sekali gus membolehkan kejohanan berlangsung dengan lancar dan meriah. –UTUSAN









