Perkongsian itu sekadar eksperimen sosial, tidak ditujukan kepada sesiapa - Ezzanie Jasny - Utusan Malaysia

Perkongsian itu sekadar eksperimen sosial, tidak ditujukan kepada sesiapa – Ezzanie Jasny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon, Ezzanie Jasny menafikan perkongsiannya mengenai persahabatan yang dimuat naik di platform Threads semalam sengaja ditujukan kepada pihak tertentu.

Menurut Ezzanie, dia bukan sengaja mahu mencetuskan kontroversi, sebaliknya hanya bereksperimen sosial dan mahu selami hati netizen yang tercuit dengan hantarannya.

“Sebenarnya bukan saya sengaja mahu cetuskan apa-apa. Saya cuma mewakili suara netizen. Kadang-kadang di Threads orang memang suka beri maklum balas.

“Perkongsian itu sekadar eksperimen sosial. Tiada siapa suruh dan saya pun tidak takut dengan balasan di ruangan komen. Hantaran itu juga tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

“Saya juga tidak rasa ada sesiapa yang terasa dengan apa yang saya tulis terutamanya kenalan saya,” katanya.

Ezzanie perjelas isu tersebut ketika ditemui selepas sidang media drama bersiri Bulan Henti Bicara di sini, hari ini.

Mengakui idea tersebut tercetus kerana mahu mengisi masa lapang, Ezzanie bagaimanapun menafikan perkongsian tersebut secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan dirinya.

Malah, pelakon itu bersyukur hubungan persahabatannya dengan rakan-rakannya masih kekal utuh meskipun dirinya kini sibuk menempa nama dalam industri.

“Perkongsian itu dibuat secara spontan. Kadang-kadang kita bosan, jadi kita buat sesuatu. Otak saya memang dah penuh dengan kerja, jadi saya saja mahu baca komen orang.

“Alhamdulillah, sepanjang hidup saya punya hubungan dengan kawan-kawan selepas masuk dalam industri ini tidak pernah timbul isu lupa kawan. Mereka pun ada pekerjaan sendiri.

“Saya sangat bersyukur lingkaran persahabatan saya masih dalam keadaan baik dan masih berkawan rapat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN