Pengundi mesti nilai rekod perkhidmatan Aminuddin - PM

Pengundi mesti nilai rekod perkhidmatan Aminuddin – PM

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perpaduan DUN Sikamat di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perdana Menteri, menegaskan beliau sentiasa menghormati keputusan rakyat dan sistem demokrasi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan namun berharap pengundi dapat membuat keputusan yang rasional.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengundi di Negeri Sembilan perlu juga menilai rekod perkhidmatan yang telah diberikan Pakatan Harapan (PH) termasuk oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Demokrasi kita hormat tapi saya merayu kepada kawan-kawan kalau rekod Aminuddin ini, dia sombong di Sikamat, Ampangan, dia tak jaga tak peduli orang Melayu, Cina, India , harta dia, anak dia berbilion-bilion, saya beritahu jangan sokong dia.

“Tapi kalau rekod dia, dia jaga kerja bukan sebab dia kawan saya, tapi dia menteri besar, kerja bertanggungjawab jadi berilah sokongan, saya minta itu sahaja, bagi sokongan, kami pun semangat bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Perpaduan DUN Sikamat di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar mengulangi Aminuddin akan tetap menjadi calon Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Dengan izin Allah beliau akan terus menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Kita ada calon, kita ada rekod.

“Di sebelah sana, beberapa orang berebut, belum mampu umum lagi. Dari dulu dia berebut, sampai sekarang berebut jadi jangan beri mereka berebut, jadi kita di Negeri Sembilan, Sikamat, Ampangan dan semua DUN saya harap bagi sokongan bulat kepada Pakatan Harapan, ” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN