PBB, OIC digesa bertindak tegas lindungi Al-Aqsa

PBB, OIC digesa bertindak tegas lindungi Al-Aqsa

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa bertindak tegas bagi memastikan hak beribadah, keselamatan pemimpin agama dan status Masjid Al-Aqsa terus dipelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Katanya, tindakan terhadap seorang pemimpin agama ketika melaksanakan amanahnya di masjid suci umat Islam merupakan pencabulan terhadap kebebasan beragama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan itu turut menjejaskan kesucian Masjid Al-Aqsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gesaan tersebut dibuat susulan tindakan rejim Zionis Israel menahan Mufti Besar Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, Sheikh Muhammad Hussein.

Beliau ditahan sejurus selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa pada 10 Julai lalu.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan penahanan berkenaan meskipun Sheikh Muhammad kemudiannya dibebaskan.

Keselamatan pemimpin agama dan status Masjid Al-Aqsa juga perlu diberi perlindungan sewajarnya.

“Sokongan akan diteruskan terhadap segala usaha ke arah keamanan yang adil, mempertahankan hak asasi rakyat Palestin dan menamatkan segala bentuk penindasan terhadap mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini