Pas yakin menang tiga kerusi

Pas yakin menang tiga kerusi

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas yakin meraih kemenangan di tiga daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, daripada semua 11 kerusi DUN ditandingi Perikatan Nasional (PN), Pas meletakkan calon di lima kerusi iaitu Serting, Lobak, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang.

Katanya, setakat ini parti itu yakin mampu menang di Serting, Paroi dan Bagan Pinang kerana ia merupakan kerusi dimenangi ketika PRN 2023.

“Baki dua kerusi ditandingi Pas mampu meraih kemenangan sekiranya benar-benar berlaku persefahaman dengan Barisan Nasional (BN) apabila undi penyokong beralih kepada Pas di kerusi yang tidak ditandingi BN.

“Seandainya penyokong BN memahami persefahaman antara gabungan itu dan PN, mereka pasti tahu ke mana undi mereka harus diberikan termasuk di kerusi-kerusi yang menyaksikan pertembungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN.

“Jika kita sudah ada 3,000 sokongan sedia ada, melalui persefahaman ini kita dapat lagi tambahan 3,000 undi. Jadi potensi menang itu tinggi dan seandainya berlaku pertembungan antara Pas dan Bersatu, kita lawanlah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain Pas, Parti Wawasan Negara (Wawasan), Parti Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) juga diketengahkan oleh PN dalam PRN Negeri Sembilan kali ini.

Mohd. Amar berkata, PRN Negeri Sembilan bukan kali pertama Pas menonjolkan wakil daripada Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) seperti Ketua DHPP Negeri Sembilan, Dr. P. Kumar di DUN Lobak.

“Sejak dahulu Pas memberi ruang kepada ahli DHPP menawarkan diri menjadi calon pilihan raya. Cuma isu yang dihadapi adalah kawasan bertanding. Memang kita cadangkan calon dari DHPP bertanding di mana-mana kawasan tetapi mereka sendiri tidak bersedia.

“Sebab mahu jadi calon ini bukan senang. Pertamanya kita kena ada belanja, duit untuk ke sana-sini dan gerakan di peringkat akar umbi. Jadi kita harap jika Dr. P. Kumar berjaya, ia akan menjadi penyuntik semangat untuk lebih ramai calon DHPP menonjolkan diri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN