Nekmat untung RM25 juta-Mohamad Sabu

Nekmat untung RM25 juta-Mohamad Sabu

Mohamad Sabu ketika ketika majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Nekmat di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM25 juta keuntungan dicatatkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) pada tahun lalu, berbanding RM11 juta pada tahun 2024.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keuntungan membuktikan keupayaan Nekmat bagi menjana keuntungan dan memberi manfaat kepada komuniti nelayan di negara ini.

“Ini membuktikan kecekapan pengurusan dan komitmen tinggi dalam memajukan sektor perikanan negara,” katanya ketika berucap dalam perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Nekmat di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohamad berkata, pengurusan Nekmat telah membentengkan cadangan projek dan pembangunan persatuan nelayan di seluruh negara yang melibatkan peruntukan puluhan juta ringgit.

Beliau berkata, cadangan tersebut akan dibawa kepada Kementerian Kewangan dalam perbincangan Bajet 2027.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pengarah Nekmat Abdul Hamid Bahari berkata, Nekmat mengagihkan dividen sebanyak 15 peratus, berbanding sembilan peratus kepada persatuan nelayan negeri selepas menerima keuntungan berkenaan.

Katanya, peningkatan agihan tersebut didorong perkembangan aktiviti Nekmat seperti jualan diesel, perusahaan ais, ternakan udang dan pengangkutan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN