PUTRAJAYA: Sempena ulang tahun keempat, Mercure Living Putrajaya memperkenalkan siri ‘Thematic Buffet & Tea Break’ yang diinspirasikan daripada konsep ‘Discover Local’.
Pengurus Besar Mercure Living Putrajaya, Wan Enderi Mohd Saad berkata, konsep itu mengetengahkan pengalaman kulinari yang lebih kreatif dan relevan seiring kehendak pelanggan menerusi beberapa pilihan seperti ‘healthy tea break’, ‘sports tea break’ dan ‘muhibbah tea break’ yang menggabungkan elemen kesihatan, gaya hidup aktif serta kepelbagaian budaya dalam setiap hidangan.
Menurutnya, ‘Discover Local’ bukan sekadar menawarkan hidangan tempatan, namun ia adalah komitmen hotel dalam menghubungkan pelanggan bersama budaya, komuniti dan warisan Malaysia melalui pengalaman hospitaliti yang autentik.
“Melalui konsep ‘Discover Local’, kami mahu setiap pelanggan menikmati penginapan yang selesa serta membawa pulang pengalaman yang lebih bermakna melalui cita rasa tempatan.
“Sambutan ulang tahun ini bukan sahaja meraikan perjalanan hotel sepanjang empat tahun, malah menandakan permulaan kepada pelbagai inisiatif baharu yang memfokuskan kepada pengalaman pelanggan, penglibatan komuniti dan pembangunan gastronomi tempatan,” katanya pada Sesi Libat Urus bersama Tetamu Korporat Kerajaan dan Rakan Media sempena ulang tahun keempat Mercure Living Putrajaya di sini semalam.

Wan Enderi berkata, sebagai sebahagian usaha memperkasa komuniti setempat, pihak hotel turut bekerjasama dengan pengusaha tempatan bagi memperkenalkan produk gastronomi beridentiti Malaysia, iaitu penggunaan pemanis mulut berasaskan madu kelulut.
Jelasnya, inisiatif itu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pengalaman kulinari pelanggan, malah menyokong kelestarian perusahaan tempatan serta mempromosi khazanah makanan Malaysia kepada pelancong domestik dan antarabangsa.
Pada majlis sama, Mercure Living Putrajaya turut memperkenalkan kemudahan spa terbaharu hotel, Nurtaj Spa & Beauty yang menawarkan pengalaman diinspirasikan daripada warisan urutan tradisional menerusi enam pilihan terapi utama yang turut menggabungkan teknik urutan tempatan bersama rawatan ‘Deep Tissue Massage.
Nurtaj Spa turut menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa menerusi Best Muslim Friendly Spa & Beauty di World Islamic Tourism Awards, sekali gus mengukuhkan komitmen hotel dalam menyediakan keperluan setiap pelanggan tanpa mengabaikan standard hospitaliti bertaraf antarabangsa. – UTUSAN










