Manifesto PH berasaskan rekod pencapaian kerajaan negeri pimpinan Aminuddin

Manifesto PH berasaskan rekod pencapaian kerajaan negeri pimpinan Aminuddin

STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dirangka berdasarkan rekod pencapaian kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong berkata, 10 komitmen utama yang ditawarkan PH bukan sekadar janji kosong, sebaliknya kesinambungan kepada dasar dan program yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Beliau berkata, kekuatan manifesto berkenaan terletak pada pengalaman pentadbiran serta pencapaian sebenar yang boleh dijadikan asas untuk meneruskan pembangunan negeri.

“Manifesto ini berasaskan pengalaman dan pencapaian yang telah terlaksana. Ia membuktikan kekuatan serta iltizam politik untuk meneruskan perjuangan demi rakyat,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Warga dan Agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, antara tawaran PH ialah penubuhan Tabung Usahawan Belia (TUB) bagi membantu golongan muda menceburi bidang keusahawanan.

Sebelum ini, PH mengumumkan 10 komitmen utama termasuk mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi serta membina 20,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun.

Selain itu, PH turut berhasrat merealisasikan projek Pelabuhan Antarabangsa Port Dickson, Landasan Bypass Senawang-Port Klang dan Seremban Sentral bagi memperkukuh ekonomi negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN