JOHOR BAHRU: Majlis istiadat angkat sumpah jawatan exco negeri baharu yang dijadual berlangsung di Istana Bukit Serene di sini, hari ini ditangguhkan esok.
Petugas media dimaklumkan berhubung perkara itu menerusi satu maklumkan ringkas oleh pegawai Royal Press Office (RPO).
Bagaimanapun, tiada pemakluman dibuat berhubung penangguhan tersebut.
Ahad lalu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut.
Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 dengan memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan.-UTUSAN










