Ouahbi kekal bimbing Maghribi hingga Piala Dunia 2030

Ouahbi kekal bimbing Maghribi hingga Piala Dunia 2030

Mohamed Ouahbi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi (FRMF) mengekalkan kedudukan Mohamed Ouahbi untuk terus membimbing skuad kebangsaan negara itu menjelang Piala Dunia 2030 yang akan dianjurkan bersama oleh Maghribi, Sepanyol dan Portugal.

Walaupun FRMF tidak mendedahkan tempoh kontraknya secara rasmi, Ouahbi sebelum ini memaklumkan sebaik dilantik pada Mac lalu bahawa perjanjiannya akan berlangsung sehingga tamat Piala Dunia 2030.

Jurulatih berusia 49 tahun itu menggantikan Walid Regragui yang mencipta sejarah apabila membawa Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 sebelum mengemudi pasukan ke pentas final Piala Negara-Negara Afrika pada Januari lalu.

Di bawah kendalian Ouahbi, skuad Atlas Lions menamatkan cabaran pada suku akhir Piala Dunia 2026 selepas tewas 0-2 kepada Perancis minggu lalu.

Bagaimanapun, FRMF menerusi satu kenyataan semalam menegaskan pihaknya terus memberikan sokongan penuh kepada Ouahbi untuk meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan.

“Persekutuan menegaskan keyakinan penuh terhadap Mohamed Ouahbi untuk terus memikul tanggungjawab sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan,” kata FRMF.

Ouahbi sebelum ini mencipta kejayaan apabila membawa Maghribi muncul juara Piala Dunia Bawah 20 pada 2025, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara jurulatih muda yang berpotensi di benua Afrika. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN