Lagi 7.1 peratus Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Akma

Lagi 7.1 peratus Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi – Akma

AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir ketika melancarkan Majlis Peluncuran Tinjauan Ekonomi Malaysia Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kini hanya berbaki 7.1 peratus untuk mencapai ambang negara berpendapatan tinggi Bank Dunia selepas ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 5.4 peratus pada suku pertama.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita Malaysia kini berjumlah RM57,200 atau kira-kira AS$13,351 bagi 2025.

Katanya, jumlah itu semakin menghampiri ambang negara berpendapatan tinggi Bank Dunia iaitu AS$14,375.

Bagaimanapun, beliau berkata, status tersebut tidak boleh dilihat berdasarkan angka semata-mata, sebaliknya perlu memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

“Pencapaian ini perlu diterjemahkan kepada gaji yang lebih baik, perkhidmatan awam yang lebih kukuh serta jaminan ekonomi yang lebih tinggi kepada rakyat,” katanya ketika melancarkan Majlis Peluncuran Tinjauan Ekonomi Malaysia Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di sini, hari ini.

Katanya, inflasi juga kekal terkawal pada kadar 1.9 peratus setakat Jun lalu, manakala kadar pengangguran berada pada tiga peratus sehingga Mei, sekali gus mencerminkan asas ekonomi yang terus kukuh.

Beliau berkata, kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi antara empat hingga lima peratus bagi keseluruhan tahun ini yang disokong permintaan domestik, pelaburan swasta, aktiviti eksport serta pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi termasuk semikonduktor dan pusat data.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi yang dicapai perlu diterjemahkan kepada firma yang lebih produktif, pekerjaan yang lebih baik, peningkatan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih luas kepada rakyat di seluruh negara.

Beliau berkata, laporan OECD itu akan menjadi rujukan penting dalam memperkukuh pelaksanaan RMK13 menerusi pembaharuan struktur ekonomi, peningkatan produktiviti, pembangunan modal insan serta transformasi digital.

OECD Economic Surveys: Malaysia 2026 merupakan kajian ekonomi kelima OECD mengenai Malaysia sejak 2016 yang mengandungi syor bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dalam bidang produktiviti, pendidikan, pembangunan kemahiran, pendigitalan dan daya tahan iklim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN