KPKT sedia pacu garis panduan bangunan hijau bertaraf global

KPKT sedia pacu garis panduan bangunan hijau bertaraf global

NGA Kor Ming
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia kini memiliki kira-kira 500 juta kaki persegi bangunan hijau dan berhasrat memperkenalkan Green Index Building Standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, standard baharu itu akan dibangunkan sebagai penanda aras global dengan acuan seperti pensijilan halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Katanya, pembangunan standard berkenaan bertujuan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju sektor bangunan hijau dan pembangunan bandar mampan di rantau ini.

“Pihak kementerian sedang bekerjasama dengan University of Cambridge bagi membangunkan standard tersebut berasaskan kepakaran antarabangsa.

“Pensijilan itu dijangka meningkatkan keyakinan institusi kewangan terhadap projek yang memenuhi keperluan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Pemaju dari pelbagai negara juga berpotensi menggunakan standard Malaysia bagi memudahkan akses kepada pembiayaan projek yang lebih kompetitif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Pameran seni bina, reka bentuk dalaman dan bangunan Antarabangsa Ke-25 (Archidex 2026) Opens Malaysia Largest Architecture and Building Exhibition di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Kor Ming berkata, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bangunan hijau semakin meningkat, khususnya dalam kalangan generasi muda yang mengutamakan aspek kelestarian ketika membeli rumah.

Katanya, pembangunan masa hadapan perlu memberi penekanan kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui, teknologi cekap tenaga serta reka bentuk yang lebih mesra alam.

“Kesemua program residensi rakyat yang bakal dibangunkan turut dilengkapi kemudahan tenaga boleh diperbaharui dan sistem penuaian air hujan.

“Usaha memperluaskan pembinaan bangunan hijau tersebut akan menyokong agenda Ekonomi Madani selain membantu negara mengurangkan kesan perubahan iklim secara berperingkat.

“Saya yakin pengiktirafan antarabangsa terhadap Green Index Building Standard mampu mengangkat nama Malaysia sebagai rujukan utama pembangunan bangunan hijau di peringkat global,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN