KoDigital anjur latihan AI percuma untuk rakyat bermula Ogos - Utusan Malaysia

KoDigital anjur latihan AI percuma untuk rakyat bermula Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: KoDigital akan menganjurkan program latihan Kecerdasan Buatan (AI) secara percuma kepada rakyat Malaysia bermula Ogos ini dengan menyasarkan penyertaan seramai 1,000,000 komuniti digital menjelang 2030 bagi meningkatkan literasi digital dan kemahiran teknologi dalam kalangan masyarakat.

Menurut KoDigital, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada Personal Development Program yang mengetengahkan konsep The Right Education sebagai asas penting untuk memahami dan menguasai kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi era digital.

Katanya, program itu bukan sekadar memberi tumpuan kepada pembangunan individu, malah membawa misi nasional dalam menyokong hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2030, selain memberi impak positif terhadap pendapatan negara dan membantu meningkatkan ekonomi rakyat.

“Melalui program ini, peserta akan diajar memahami dan menguasai High Income Skill atau kemahiran untuk menjana pendapatan tinggi dengan menggunakan teknologi digital terkini seperti Artificial Intelligence, Blockchain, Crypto dan Robotic.

“Memahami dan menguasai penggunaan serta aplikasi baharu dalam sistem digital mampu membuka peluang menjana pendapatan tinggi dan mewujudkan peluang ekonomi tanpa batas hanya dengan menggunakan telefon pintar,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, perkembangan pesat ekonomi digital menuntut rakyat menguasai kemahiran baharu yang mampu meningkatkan daya saing serta membuka peluang ekonomi melalui penggunaan teknologi.

Katanya, persaingan dalam era digital boleh diibaratkan seperti perlumbaan Formula One (F1) yang berlangsung pantas, radikal dan ekstrem, sekali gus menuntut masyarakat memiliki tahap kesedaran serta kecekapan yang tinggi.

“High Consciousness and High Competency adalah kunci kejayaan dalam era digital. Tiada tempat bagi mereka yang lambat sedar dan lambat bertindak dalam era digital yang menuntut persaingan pada tahap tertinggi,” katanya.

Tambahnya, faktor kejayaan pada masa kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pendidikan akademik, sebaliknya kemahiran teknikal dan vokasional menerusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) semakin penting dalam memenuhi keperluan pasaran pekerjaan global.

KoDigital berkata, permintaan global terhadap tenaga kerja berkemahiran dijangka mencecah sekitar 85 juta menjelang 2030, manakala High Income Skills merupakan sebahagian daripada pembelajaran berasaskan tindakan atau Action Learning yang semakin diperlukan dalam era digital.

Sehubungan itu, KoDigital akan memulakan latihan percuma kepada rakyat Malaysia bermula Ogos ini sebagai langkah meningkatkan kesedaran mengenai AI dan teknologi serta membantu masyarakat memahami cara memanfaatkan revolusi digital.

Latihan itu akan dijalankan secara dalam talian menerusi platform Zoom selama sehari, bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, dengan tempat terhad kepada 1,000 peserta terawal.

Menurutnya, program berkenaan ditawarkan secara percuma sepenuhnya sebagai usaha memperluaskan akses kepada pendidikan teknologi dan memperkukuh pembangunan komuniti ekonomi digital negara.

Tambahnya, peserta akan diperkenalkan kepada aplikasi teknologi digital serta kaedah memanfaatkan perkembangan teknologi dalam kehidupan dan kerjaya.

KoDigital berharap inisiatif itu dapat menyokong usaha melahirkan lebih ramai individu berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi negara memperkukuh ekonomi digital dan meningkatkan daya saing rakyat menjelang 2030. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN