KL dijangka hujan lebat sehingga 5 petang

KL dijangka hujan lebat sehingga 5 petang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 5 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran itu membabitkan seluruh negeri Melaka dan Pulau Pinang, serta Kedah membabitkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Cuaca itu juga diramal di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin).

“Amaran sama turut membabitkan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN