JELEBU: “Kita tengoklah siapa yang karam, siapa yang akan timbul pada 1 Ogos nanti.”
Demikian kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) diibaratkan seperti kapal Titanic yang hanya menunggu waktu karam.
Ahmad Zahid berkata, perkara itu hanya akan diketahui menerusi keputusan pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini.
Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh menyifatkan kerjasama antara BN dan PN tidak dibina atas asas kepercayaan serta kesetiaan politik.
Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, kerjasama kedua-dua gabungan itu mungkin dilihat kukuh pada peringkat awal, namun sukar bertahan apabila masing-masing mempunyai cita-cita politik yang berbeza. – UTUSAN










