Ketepi perbezaan, keutamaan bagi pastikan BN menang

Ketepi perbezaan, keutamaan bagi pastikan BN menang

LING TIAN SOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh anggota MCA perlu mengenepikan segala perbezaan dan menggembleng tenaga bagi turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi memastikan kemenangan gabungan itu.

Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon berkata, walaupun terdapat pelbagai pandangan berhubung kerjasama strategik yang dijalinkan menjelang pilihan raya itu, keutamaan ketika ini adalah memastikan kemenangan BN demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, kemenangan tidak akan datang dengan sendiri namun memerlukan kesatuan disiplin, kerja keras dan semangat juang tidak luntur.

“Pemuda MCA akan terus memainkan peranan sebagai barisan hadapan parti dengan menggerakkan seluruh kekuatan jentera bagi membantu calon-calon BN sepanjang tempoh kempen.

“Saya juga ingin menyeru seluruh anggota MCA di semua peringkat agar sekali lagi menggembleng tenaga, mengenepikan segala perbezaan dan turun membantu rakan-rakan kita di negara Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya,segala pendekatan yang diambil mestilah berlandaskan matlamat membentuk kerajaan yang mampu menjamin kestabilan politik, memacu pertumbuhan ekonomi serta menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat.

Jelasnya, kemenangan BN pada PRN Johor baru-baru ini perlu dijadikan pemangkin kebangkitan semula BN hasil kesepaduan seluruh jentera parti yang berganding bahu sepanjang kempen.

“Kemenangan di Johor membuktikan bahawa apabila seluruh jentera bergerak sebagai satu pasukan, tiada cabaran yang mustahil untuk diatasi.

“Suara dan kepentingan rakyat Negeri Sembilan hendaklah sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN