Kerajaan negeri perlu dilibatkan dalam agenda perubahan iklim

Kerajaan negeri perlu dilibatkan dalam agenda perubahan iklim

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1/2026 di Bangunan Parlimen hari ini. PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan negeri perlu dilibatkan secara lebih menyeluruh dalam merangka dasar dan strategi berkaitan perubahan iklim negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, libat urus itu penting bagi memastikan setiap dasar dan strategi dirangka secara inklusif, selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta menghormati bidang kuasa dan peranan negeri.

“Dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1/2026 yang saya pengerusikan hari ini, kami meneliti kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh komitmen Malaysia terhadap agenda perubahan iklim.

“Ia selaras dengan Perjanjian Paris dan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, kerajaan turut memberi penekanan terhadap kepentingan penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri dalam memastikan pelaksanaan agenda perubahan iklim berjalan secara berkesan.

“Kerajaan Madani kekal fokus dalam memastikan agenda pembangunan negara bergerak seiring dengan usaha memelihara alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN